Senario
1) Di Brussel, demonstrasi yang terdiri daripada 4000 orang petani telah menyebabkan kacau-bilau.
Photo Sources : Yahoo News
Berlaku kerosakan harta-benda, terganggu perniagaan, berlaku kejadian jenayah, kebakaran dan sebagainya.
2) Di Vienna, 20,000 manusia berdemonstrasi menentang penganiayaan terhadap golongan pelarian
Photos Sources : Irish Times Web
4) Di Jepun, hampir setiap minggu dan bulan, terdapat demonstrasi anti-peperangan yang membabitkan ratusan ribu penduduk Jepun
Photos Sources : Random Sources - Google Image Search
5) Di Quebec lebih 1500 ahli kesatuan sekerjanya yang terbesar iaitu telah berdemonstrasi terhadap kelengahan kerajaan untuk berunding dengan mereka mengenai pelbagai isu
6) Di Wales, ratusan ribu peminat bolasepak berdemonstrasi terhadap pendudukan Israel di bumi Palestin.
Photos Sources : The Guardian UK
7) Di India, ratusan ribu rakyat berdemonstrasi menentang kenaikan harga minyak kerana mengganggu musim perayaan. Kenaikan itu juga menyebabkan naiknya harga barang-barang keperluan di negara masing-masing.
Photos Sources : NDTV
8) Di Docklands, ada demonstrasi berlaku menentang pameran persenjataan.
9) Di negara-negara Timur Tengah sedang berlaku peperangan, demonstrasi, pertumpahan darah dsb. disebabkan kumpulan militan IS dsb.
Photos Sources : Random Sources - Google Image Search
10) Di Germany, Hungary, Finland dan banyak negara Eropah sedang menghadapi kebanjiran lebih 340,000 pelarian Islam dari Syria dan Palestin cuba memasuki negara masing-masing.
Photos Sources : Random Sources - Google Image Search
11) Di China baru-baru ini telah berlaku kejatuhan saham yang amat dahsyat akibat devaluasi matawang. Walaupun disebut ada pelabur-pelabur jutawan yang kerugian, namun, kita dapat lihat, mereka masih tersenyum dan perniagaan tetap berjalan seperti biasa. Seolah-olah tiada impak yang besar terhadap mereka. (seolah-olah sengaja dilakukan untuk menimbulkan panik)
Photos Sources : Random Sources - Google Image Search
12) Di Malaysia, budaya demonstrasi besar-besaran telah bermula.
Photos Sources : Random Sources - Google Image Search
Di Malaysia juga telah wujud masalah pencerobohan pendatang asing tanpa izin.
Photos Sources : Random Sources - Google Image Search
Malaysia juga menghadapi potensi masalah kebanjiran pelarian Rohingya yang kebanyakannya beragama Islam.
Photos Sources : Random Sources - Google Image Search
Jika dilihat dan diperhatikan betul-betul dan dilukiskan peta dunia, kita akan dapati terdapat satu 'pattern' atau corak di seluruh dunia sedang berlaku.
Kecuali beberapa buah negara besar dan maju yang masih belum merasakan bahang ini. Apa yang menyebabkan mereka begitu 'istimewa' dan tidak diserang pula? Adakah mereka bertanggungjawab terhadap kekecohan yang sedang berlaku?
Terdapat 3 tema utama hari ini ialah "Demonstrasi Jalanan", "Pelarian" dan "Islam".
Andaikan terdapat 'arkitek dalam konspirasi-konspirasi' ini adalah mereka yang bertanggungjawab terhadap kekecohan di seluruh dunia hari ini. Kita akan dapati satu bentuk modus operandi yang sedang berlaku :
1) Ada sekumpulan pendemonstrasi yang mempunyai kepentingan untuk memecahbelahkan perpaduan (kita andaikan 30% dari kumpulan demonstrasi) - sehingga mendatangkan satu budaya merosakkan harta benda atau memprovokasi dengan memijak-mijak gambar, membakar bendera negara dll. supaya menaikkan kemarahan sekumpulan yang lain pula.
2) Ada sekumpulan pendemonstrasi yang ingin pemimpin turun (kita andaikan 20%)
3) Ada sekumpulan pendemonstrasi yang tidak dikenali samada rakyat atau pendatang kerana rupa parasnya (kita andaikan 30%)
4) Lebihan 20% sahaja pendemonstrasi ini yang mahukan keadilan dan demokrasi serta berdemonstrasi secara aman. Itupun segelintir dari mereka ada yang ingin "kebebasan untuk mendapat hak" bagi "menghalalkan kufur dan maksiat"
Jika benar andaian ini, maka kumpulan (1) dan kumpulan (3) terutamanya kumpulan (3) harus dikawal, kerana kemungkinan kumpulan ini telah dibayar dengan lumayan, diseludup masuk secara besar-besaran, dilatih khas dengan budaya tempatan termasuk bahasa serta cara melakukan rusuhan/provokasi. Dan akhirnya, mereka 'dilepaskan' untuk bergaul dengan pendemonstrasi-pendemonstrasi lain serta melakukan provokasi bagi melaga-lagakan pelbagai bangsa supaya berlaku pergaduhan dan kekecohan.
Dilihat media-media asing juga seolah-olah telah pun "memilih siapa yang perlu diwawancara" semasa demonstrasi berlaku. Dan kenyataan yang dikeluarkan oleh "yang diwawancara" banyak berbentuk provokasi.
Kebanyakan kekecohan yang berlaku masakini adalah serangan terhadap mereka di dalam sebuah negara yang mempunyai pegangan agama. Mangsa terkini ialah mereka yang beragama Islam.
Cara serangan adalah pelbagai:
a) ada yang menyerang ekonomi supaya ekonomi lumpuh dan bangkitnya rakyat berdemonstrasi menyebabkan ketidakstabilan, (kita sendiri tahu bahawa China mempunyai penduduk yang majoritinya Islam)
Dahulu, serangan demi serangan ekonomi dan kewangan di lakukan bagi menjatuhkan harga saham (umpamanya Boeing) dan kemudiannya memaksa syarikat-syarikat yang hampir muflis ini menjual semua saham/syer dan pegangan/kepentingan dengan harga yang terlalu murah. Maka terdapat syarikat-syarikat dari negara asing akan membelinya dan keuntungan mereka selepas itu adalah berlipat kali ganda.
b) ada pula yang melakukan serangan lebih halus iaitu aqidah contohnya Islam - contohnya isu penggunaan nama Allah di kalangan mereka yang bukan Islam, menyebabkan pergaduhan sesama sendiri (Islam) termasuk dengan kaum-kaum yang lain (yang beragama lain) sehingga orang-orang Islam sendiri berpecah kepada pelbagai i'tiqad.
Selain itu terdapat pula ancaman serangan ajaran sesat.
c) Mengasyikkan manusia dengan teknologi terkini sehingga manusia menjadi lalai sehingga berlakunya kemalangan maut dan kerosakan minda sehingga berlakunya kehancuran dan pencemaran dalam institusi keluarga akibat teknologi. (penguasaan dan pembersihan minda secara halus)
d) Teknologi juga 'disediakan' bagi mereka yang 'disekat suaranya' supaya menggunakan media alternatif bagi menyuarakan rasa ketidakpuasan hati mereka dan berlakulah kekecohan.
e) serangan ekonomi juga berbentuk manipulasi - supaya terdapat jurang yang sangat besar di antara orang kaya dan orang miskin. Ianya juga akan telah menaikkan kadar jenayah kerana manusia ketiadaan sumber pendapatan.
f) Anak-anak kecil dan kaum wanita dijadikan mangsa di seluruh dunia dan ramai antara mereka telah mati dengan cara yang agak kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Jika kita ingin bercakap tentang perkara ini sememangnya sukar untuk dilakukan secara terperinci. Apa yang kita bimbangkan dan sentiasa perlu diperhatikan ialah :
i) Arkitek utama konspirasi menyambut kedatangan Dajjal (menerusi Iluminati, Bilderberg dll seumpamanya dengan bantuan Azazil dan bala tenteranya) berjaya menawarkan 'syurga' kepada mereka yang menolak agama dan melakukan kekufuran/maksiat secara besar-besaran - arak, seks bebas, dll.
ii) Ini semua adalah satu 'diversion' (lencongan) agar perhatian kita semua ditumpukan kepada isu politik, sosial, ekonomi, agama dll. sementara Azazil, Dajjal dan tentera laknatullah mula melakukan kekacauan tanpa kita sedari - kerana KITA ASYIK BERGADUH SESAMA SENDIRI sehingga isu pertahanan menjadi goyah dan kita diserang secara MENGEJUT.
iii) Pembukaan sempadan juga mungkin cuba dilakukan supaya berlakunya impak negatif globalisasi gelombang kedua yang menyebabkan semua negara-negara di dunia akan tiada lagi ada sempadan - dan penduduk dunia boleh bebas keluar masuk (?)
iv) Kadang-kadang bimbang - dalam kebaikan serta layanan yang baik terhadap pelarian Islam ke negara yang bukan Islam - adakah terdapat muslihat lain? Jika tidak, Alhamdulillah, - jika ya?
Sekiranya berlaku sesuatu kekecohan dan kekacauan oleh mereka yang benci kepada orang-orang Islam, tujuan bagi melabelkan Islam sebagai agama 'terrorism'...bukankah mudah untuk menghapuskan orang-orang Islam yang hanya mengharapkan keamanan dan menumpang tuah di negara orang?
(bukan apa, ada di antara negara-negara ini yang pernah bersubahat dengan kebebasan bersuara (kononnya) sehingga berani melukis karikatur Nabi Muhammad S.A.W. dan ada pula negara besar yang ingin membakar Al-Qur'an - semuanya dilakukan untuk menaikkan kemarahan orang-orang Islam - kononnya membuktikan bahawa Islam bukan agama aman. Tiba-tiba negara-negara ini berbuat baik kepada pelarian-pelarian Islam.)
Untuk pengetahuan semua, pelarian-pelarian Islam dikatakan menaiki keretapi, van, bas dll dari negara masing-masing. Bagaimana pengangkutan telah disiapkan? Seolah-olah terdapat pihak yang lain pula mengatur pelarian-pelarian ini agar dapat memasuki beberapa buah negara Eropah (yang sedang menghadapi krisis dalaman ekonomi)
Adakah 'sengaja' dilakukan? Bagi kemudiannya membunuh atau menyusahkan pula orang-orang Islam yang ingin hidup secara aman? dan dilabelkan sebagai terrorist?
Apapun, semuanya ini sudah dalam perancangan Allah SWT
Cara yang boleh kita lakukan sekarang selain dari berdoa dan bertaubat dengan bersungguh-sungguh, agar kita tidak sama terkena bala serta musibah ini, kita juga perlu menyebarkan nilai-nilai yang murni kepada bukan sahaja sesama Islam tetapi juga kepada mereka yang bukan Islam.
Wallahualam, ianya sekadar satu renungan sahaja untuk kita sama-sama manfaatnya.
Tiada niat Pok Nik untuk menimbulkan kekecohan atau panik tetapi sama-samalah kita perhatikan - semasa kita terlalu sibuk dengan urusan politik dan ekonomi, adakah ada agenda lain secara senyap (discreet) sedang berlaku dan menyerang kita secara halus tanpa kita sedari. Jadi, janganlah lalai saudara-saudaraku ikhwanul Muslimin)
Tiada niat Pok Nik untuk menimbulkan kekecohan atau panik tetapi sama-samalah kita perhatikan - semasa kita terlalu sibuk dengan urusan politik dan ekonomi, adakah ada agenda lain secara senyap (discreet) sedang berlaku dan menyerang kita secara halus tanpa kita sedari. Jadi, janganlah lalai saudara-saudaraku ikhwanul Muslimin)










































