Apa yang ditulis berikut adalah dikumpulkan dari pelbagai sumber termasuk pengetahuan Pok Nik sendiri.
Jika kita mencampur 7+8+6 - jumlahnya adalah 21 di mana ada salah satu amalan ialah membaca BismillahirRahmaanirRahiim sebanyak 21X dengan satu doa khusus.
Dalam Hisabul al-Jummal (حِسَابُ الْجُمَّلِ) setiap huruf ada nombor. Ba, sin, min (huruf-huruf dalam BismillahirRahmanirrahim) dan seterusnya diwakili dengan nombor-nombor tertentu untuk setiap huruf, dan dicampur semua = 786 kali.
Rungkaian Basmallah:-
1. Sembilan Belas (19) Huruf
2. Lima (5 ) Alif
3. Satu (1) Ba'
4. Satu (1) Sin
5. Tiga (3) Mim
6. Dua (2) Lam
7. Tiga (3) Ha'
8. Dua (2) Ro'
9. Satu (1) Nun
10. Satu (1) Ya'
Mempunyai sembilan (9) sebutan ayat, tiga (3) AsmaNya berjumlah 786 pada kiraan Arab, kerana itu ada isim zikir bismillah 786 X sehari.
Ba: 2
Sin: 60
Mim: 40
Ba: 2
Sin: 60
Mim: 40
Alif: 1
Lam: 30
Lam: 30
Ha (kecil): 5
Alif: 1
Lam: 30
Ra: 200
Ha (besar): 8
Mim: 40
Nun: 50
Alif: 1
Lam: 30
Ra: 200
Ha (besar): 8
Ya: 10
Mim: 40
Oleh sebab itu :
2+60+40+1+30+30+5+1+30+200+8+40+50+1+30+200+8+10+40
= 786
Penjelasan di sebalik ini terletak pada urutan nombor atau kronologi Huruf/Abjad Arab. Contohnya, Huruf/Abjad Inggeris mempunyai 26 huruf dari A hingga Z. Jika disusun huruf-huruf ini dalam urutan nombor, maka A akan menjadi nombor 1, B akan menjadi nombor 2, C nombor 3, dan seterusnya, dengan Z akhirnya diberi nombor 26.
Menggunakan kaedah yang sama, terdapat dua kaedah yang dikenali untuk menyusun Huruf /Abjad Arab. Salah satunya adalah kaedah Huruf/Abjad yang juga digunakan untuk semua abjad dalam bahasa lain. Dalam kaedah ini, kita meletakkan huruf-huruf dalam urutan tertentu. Seperti huruf/Abjad Inggeris yang disusun sebagai A, B, C, D hingga Z.
Di sini A selalu di posisi pertama dan Z selalu yang terakhir. Dengan cara yang sama, Huruf/Abjad Arab disusun sebagai Alif, ba, ta, tha, dan seterusnya, di mana Alif selalu muncul sebagai huruf pertama.
(Kaedah - Abjad, Hawwaz, Hutti, Kalaman, Sa’fas, Qarshat, Sakhaz, Zazagh)
Ada kaifiyat yang mengkhususkan bacaannya sebanyak 7 hari berturut-turut jika ada hajat besar. Sebahagian mereka juga meletakkkan kaifiyyat yang khusus untuk mengamalkan zikir ini dengan cara:
1) Membaca Bismillah sebanyak 786 tanpa tersilap kiraannya, jika tersilap perlu diulang daripada awal.
2) Selesai bacaan Bismillah, niatkan dalam hati apa yang dihajatkan.
3) Habis niat, genggamkan tangan dan baca: (إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ) yang bermaksud: “Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”
Antara Kaifiyatnya :
Untuk sesiapa yang sukar untuk menghafal atau mengingati sesuatu, eloklah dirinya sendiri membaca Basmallah 786 kali ke atas air, lalu dihembus ke air itu, kemudian diminum. Lakukanlah selama 7 hari, waktu amalannya adalah di malam hari, atau di subuh hari. Bagi yang agak perlahan, kena dilakukan secara berulang kali, lagi dan lagi.
Amalkan Bismillah 786 X setiap hari, dan selepas 7 langkah atau beberapa langkah keluar dari rumah, selawat atas Nabi 7 X dengan niat mencari rezeki halal, insya Allah murah rezeki. wallahua'lam..
Juga untuk melariskan dagangan, sebagai usaha bersandarkan asbab melalui amalan, bacalah Basmallah 786 kali selama 7 hari, seeloknya jadikan amalan istiqamah. Hendaklah Ikhlas dan tidak berprasangka buruk terhadap peniaga lain atau sesiapa pun ! Insya Allah usaha anda akan meningkat.
Sesiapa yang membiasakan dirinya membaca mengikut hitungan abjad, iaitu 786 kali dengan berpuasa di dalam khilwah (mengasingkan diri), ianya lebih bagus dan lebih cepat untuk menghasilkan hajat dengan IzinNya - dikerjakan 7 hari berturut-turut (minimanya).
Jika kita mencampur 7+8+6 - jumlahnya adalah 21 di mana ada salah satu amalan ialah membaca BismillahirRahmaanirRahiim sebanyak 21X dengan satu doa khusus.
7 antara lain melambangkan 7 lapis langit dan 7 lapis bumi
8 di dalam Al-Quran perkataan-perkataan berikut disebut sebanyak 8 kali iaitu Emas, Kemurahan Hidup, Nafsu dan Takut (emas lambang kekayaan, Kemurahan lambang rezeki, nafsu - perlu dikawal dengan iman dan takut adalah satu bentuk taqwa)
6 Penciptaan langit dan bumi dalam tempoh 6 hari
Wallahualam. Allah SWT lebih mengetahuinya.