(1)
Dari 'Amr ibn Shu'ayb, al-Hakim dan Nu'aym ibn Hammad ;
"Orang-orang akan menunaikan ibadah haji bersama-sama dan berkumpul tanpa seorang Imam. Orang-orang yang menunaikan ibadah haji akan dilempari dan akan ada sebuah peperangan di Mina yang menyebabkan banyak orang terbunuh dan darah akan mengalir sampai Jumratul Aqabah."
Sebelum dan semasa munculnya Imam Mahdi, disebut akan berlaku banyak pertumpahan darah. Mungkinkah kerana ancaman bunuh oleh IS ke atas jemaah haji atau 'tumpahnya darah' itu mempunyai maksud lebih simbolik atau suasananya 'seperti dalam peperangan'?
Kita telah melihat berkali-kali peristiwa berdarah di Tanah Suci. Tragedi Terowong Muassim, percubaan menawan Kota Mekah, keganasan puak Syiah,Tragedi al-jamrah di Mina hingga 345 orang terbunuh & ratusan lain cedera apabila puluhan ribu jemaah haji terpijak sesama sendiri semasa bersesak-sesak semasa melontar di Jamrah. Terkini ancaman huru-hara yang ingin dilakukan oleh IS.
Wallahualam
Apapun, apa yang berlaku di Masjidil Haram sepatutnya diambil pengajaran. Secara asbabnya, pentingnya isu keselamatan jemaah haji diambilkira - Sepatutnya pemeriksaan berkala atau rutin akan faktor-faktor keselamatan kestabilan struktur bangunan, pemeriksaan ke atas kren dan cara pengendalian, tapak-tapak pembinaan perlu dipastikan selamat terlebih dahulu dll SEBELUM musim haji tiba. Mengenai mungkin ribut pasir dan angin kencang serta hujan lebat yang berlaku itu penyebab kepada runtuhnya kren, mungkin adalah satu peringatan Allah SWT. Biasanya, ribut pasir, angin kencang, hujan lebat adalah satu tanda dan amaran (pada pendapat Pok Nik berdasarkan penerangan berikut)
(Kemusnahan kaum Ad melalui angin yang dingin lagi melampau-lampau (ribut pasir) selama tujuh malam lapan hari. (juga disebut 'angin kencang' dalam Surah Al-Haqqah : 6) Lamanya ribut pasir ini menghimpunkan bertan-tan pasir ke atas Bandar mereka dan menimbus penduduknya hidup-hidup. Bukti yang paling jelas mereka ditimbus semasa ribut pasir adalah perkataan Ahqaf yang difirmankan dalam Al-Qur'an bagi menunjukkan lokasi kaum Ad. Lihat surah al-Ahqaf ayat 21. Al-Ahqaf bermaksud bukit pasir dalam Bahasa Arab. (Tafsir Al-Ahkam)
Kita berterimakasih juga kepada Lembaga Tabung Haji, Hospital-Hospital, Pasukan Pertolongan Cemas dll yang bertindak pantas mengawal keadaan, menghantar pasukan perubatan, menghantar jemaah haji ke Hospital, hamba-hamba Allah penderma-penderma darah yang menawarkan derma darah dan diharapkan pengurusan jenazah juga akan sempurna. InsyaAllah.
Mari kita sama-sama doakan keselamatan jemaah haji agar dapat menunaikan haji dengan selamat dan pihak berkuasa dapat memperketatkan lagi sempadan supaya tidak dibolosi musuh terutamannya IS. (terdapat desas-desus mereka mengugut untuk menyerang Masjid Nabawi, membongkar-bongkar maqam Nabi S.A.W. yang juga dianggap sebagai 'berhala', menyerang Arafah semasa wuquf dsb. InsyaAllah, jemaah haji akan selamat dan mudah-mudahan Allah melindungi mereka )
Al-Fatihah kepada Jemaah haji walau dari mana-mana negara yang terkorban pada Jumaat lalu - semoga mereka tergolong dalam golongan syahid. Walaupun tidak sempat menghabiskan ibadah haji, mudah-mudahan Allah SWT mengurniakan pahala haji mabrur yang sempurna ke atas mereka. Amin.
Takziah dan simpati kami kepada ahli keluarga mereka.
(2)
Imam Mahdi akan mengulangi perbuatan Nabi S.A.W. dengan meruntuhkan 'berhala-berhala" sekeliling Kaabah. Jadi di mana 'berhalanya'? (fikir-fikir dan renung-renungkanlah sendiri maksud yang tersirat)
(Pesan Pok Nik, kalau kita asyik 'berselfie' terpegun dengan keindahan sekitar, sehingga kita tidak sedar bahawa Kaabah itu jauh lebih mulia (pun bukan alasan untuk 'berselfie' di depan Kaabah terutamanya semasa tawaf) - bukankah akan terganggu niat sebenar menunaikan haji?)
Apapun jangan "memberhalakan" apa juga yang ada di sekitar Mekah dan jangan "memberhalakan" Kaabah atau Hajaratul Aswad atau Maqam Ibrahim atau mana-mana tempat sekalipun.
Kita menunaikan haji semata-mata kerana Allah SWT. Bukan salah nak ambil gambar, janganlah terikut-ikut sangat perangai 'mereka yang jahil berhidung tajam tu' atau 'nak tunjuk dekat orang yang kita sedang berdoa atau sujud di depan Kaabah' - sehingga semasa tawaf pun, sempat lagi 'berselfie' - pasti mengganggu niat dan rukun haji tanpa disedari - hilanglah yang mabrur tu.
(3)
Firman Allah Ta’ala (mafhumnya) : “Allah telah menjadikan Kaabah, rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia” (Al-Maa’idah:97)
Dari Abdullah Ibn Abbas, Rasulullah SAW bersabda semasa hari pembukan Kota Mekah
“Negara ini telah disucikan oleh Allah pada hari diwujudkan langit dan bumi. Ia disucikan Allah hingga hari kiamat.”
-----------------------
Petikan :
Petikan :
Setelah selesai pembangunan kembali Kaabah, ketua-ketua kabilah Quraisy berselisih tentang siapa yang patut diberi penghormatan meletakkan Hajar Aswad ke tempatnya semula. Mereka berselisih sampai empat atau lima hari. Perselisihan ini hampir menyebabkan pertumpahan darah.
Abu Umayyah bin Al-Mughirah Al-Makhzumi, pemimpin paling tua, kemudian menyarankan kepada mereka agar menyerahkan keputusan kepada orang yang pertama kali melalui pintu masjid. Ditakdirkan Allah SWT, Rasulullah S.A.W. orang yang pertama melalui pintu masjid dan semua bangsa Quraisy amat gembira kerana Nabi S.A.W. adalah seorang yang dihormati oleh mereka kerana akhlak baginda dan digelar Al-Amin pula.
Kemudian Rasulullah SAW meminta sehelai kain/selendang, (ada yang menyatakan bahawa kain berkenaan adalah serban baginda sendiri) membentangkan kain berkenaan dan meletakkan Hajaratul Aswad di tengah-tengah dan setiap ketua kabilah Quraisy dipanggil untuk memegang hujung kain/selendang (atau serban) berkenaan. Mereka semua mengangkatnya. Rasulullah SAW sendiri meletakkan hajaratul aswad di tempatnya. Semua ketua kabilah Quraisy berpuashati dengan keputusan berkenaan dan Rasulullah SAW berjaya menghalang dari sebarang pertumpahan darah berlaku.
Lihatlah betapa mulianya Nabi S.A.W. mengendalikan Hajaratul Aswad yang ingin dimusnahkan oleh Tentera IS KONONNYA manusia menyembahnya sebagai berhala.
Inilah fahaman Wahhabi ekstrim yang diletakkan kesalahannya ke atas Syiah Rafidhah yang ekstrim (kerana Syiah mempunyai sejarah tindakan keganasan di Mekah) pula dan IS mengaku diri mereka ahlussunnah – inilah yang sebenarnya "bidaah dholalah karohah" - sampai Kaabah dan Hajaratul Aswad pun dianggap sebagai berhala. (terlebih pandai)
(Di Iran terdapat Kaabah tiruan di mana Syiah 'menunaikan Fardhu Haji' - Maka, permusuhan tradisi di antara Syiah dan Ahlussunnah telah diambil peluang oleh ISIS Wahhabi Ekstrim yang didalangi oleh Amerika Syarikat - bagi melaga-lagakan pula kedua-duanya. Dulu Al-Qaeda dengan Osama Ladennya yang terbukti kepalsuan mereka, akhirnya, ISIS muncul tiba-tiba bagi mengalih perhatian dunia terhadap keganasan Israel di Palestin)
Mari kita sama-sama BERI AMARAN kepada IS yang terlupa sejarah Abrahah - dengan sama-sama membaca Firman Allah SWT :
Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu telah bertindak terhadap tentera bergajah? Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka (untuk menghancurkan Kaabah) itu sia-sia? dan Dia mengirimkan kapada mereka burung (ababil) yang berbondong-bondong, yang MELEMPARI MEREKA DENGAN BATU DARI TANAH TERBAKAR (neraka) lalu DIA MENJADIKAN MEREKA SEPERTI DAUN-DAUN YANG DIMAKAN (ULAT) ". (Surah Al-Fil: ayat 1-5)
Cubalah kalau berani!!
Kesilapan IS ialah beranggapan bahawa mereka adalah Tentera Al-Mahdi di mana diriwayatkan bahawa Imam Mahdi sebagaimana Rasulullah SAW akan mengulangi tindakan meruntuhkan berhala di sekitar Kaabah.


