PERINGATAN :
Artikel ini adalah kajian peribadi Pok Nik dari pelbagai sumber. Kebenaran dan kesahihan fakta artikel ini adalah bergantung kepada kajian-kajian lanjutan oleh sahabat-sahabat yang membaca artikel ini.
Cuma Pok Nik ingin bertegas - berpesan supaya, artikel ini tidak disalin kembali dan ditulis kembali pada blog-blog lain demi mengelakkan fitnah. Pok Nik walaubagaimanapun membenarkan muaturun untuk kajian sendiri dan juga untuk perbincangan sesama rakan-rakan yang lain.
Saya pasti ramai antara kita yang telah menonton kisah Da Vinci Code (dari buku karya Dan Brown) yang mengisahkan bagaimana dua kesatuan rahsia iaitu Opus Dei - kumpulan fanatik Vatican dan Priory of Psion - kumpulan rahsia Yahudi yang dikatakan menjaga 'Piala Suci' (Holy Grail) terlibat dalam peperangan berabad lamanya.
Kisahnya sangat menarik, menggunakan fakta sejarah, jalan cerita yang teratur serta teori konspirasi yang sangat baik dsb. Ramai penganut Kristian memberikan reaksi dan kemarahan setelah terbitnya cerita ini.
Ianya dilakonkan oleh watak-watak Sir Leigh Teabing dan Professor Robert Langdon dengan motif bagi membuktikan bahawa :
a) Ajaran Kristian telah diubah sehingga kitab asal Injil telah diselewengkan dalam Persidangan Nicea
b) Nabi Isa a.s. bukan anak Tuhan dan Baginda adalah manusia biasa serta telah pun meninggal,
c) Piala Suci (Holy Grail) bukanlah bermaksud satu 'cawan yang mempunyai darah Nabi Isa a.s.' sebaliknya 'keturunan Nabi isa a.s.' iaitu seorang wanita (watak Sophie Neveu) kerana kononnya Nabi Isa a.s. telah berkahwin dengan seorang perempuan bernama Mary Magdalene dan melahirkan seorang anak bernama Sarah setelah melarikan diri ke Peranchis.
Mary Magdalene telah meninggal di Peranchis dan mayatnya dipercayai telah disembunyikan di Jerusalem dan dijaga oleh Tentera Rahsia Yahudi yang bergelar Knights of Templar. (namun, dikatakan keranda mayatnya telah dilarikan ke England. (satu sumber menyatakan keranda mayatnya (sarcofagus) telah dilarikan ke Peranchis) setelah berlakunya peperangan di antara tentera Vatican dengan Knights of Templar. Ada yang menyatakan, 'sarcofagus' Mary Magdalene telah dilarikan semasa peperangan antara Tentera Islam dan Tentera Yahudi di Jerusalem - Wallahualam)
Golongan Vatican menggelarkan Mary Magdalene seorang 'pelacur' walaupun kumpulan Priory of Psion menentang pendapat ini.
Fakta-fakta yang perlu diperhatikan :
a) Fakta mengenai Persidangan Nicea itu adalah benar - kerana semasa Zaman Raja Konstantin, demi untuk menguatkan kedudukannya kerana terlalu kuat penentangan kumpulan Nasrani terhadap penyembah berhala, beliau telah mengarahkan 'sidang paderi' yang rata-rata 'kroninya' untuk merungkai-rungkai semua ajaran asal kitab Injil - motif utamanya ialah 'menukar kedudukan Nabi Isa a.s. daripada seorang 'manusia kepada Tuhan', mewujudkan perayaan Hari Natal dan Hari Easter, Konsep Santa Claus, amalan Sabbath pada Hari Sabtu, menukar nama agama Nasrani kepada 'Kristian' (mengambil sempena perkataan salib 'Cross' (Christ), memecahbelahkan penyatuan Nasrani menjadi madzhab-madzhab tertentu seperti Katolik, Protestan dll.
b) Nabi Isa a.s. manusia biasa - benar! Tetapi Baginda tidak wafat sebaliknya diangkat ke langit dan Baginda tidak pernah berkahwin.
Siapakah Mary Magdalene?
Beliau sebenarnya adalah Gundek atau pelacur kepada Yahuza (yang disalib) - digunakan Yahuza pada awalnya untuk menggoda Nabi Isa a.s. ke arah perzinaan tetapi gagal. Mary Magdalene dan Yahuza juga suka mencipta suhuf-suhuf mereka sendiri (Gospel) yang kemudiannya dimusnahkan dalam Persidangan Nicea dan ditukar dengan ajaran Kristian ciptaan Konstantin.
Dakwaan Vatican bahawa Mary Magdalene adalah pelacur itu ada kebenarannya. Sarah pula adalah anak luar nikah Yahuza dan Mary Magdalene.
Tidaklah kita hairan kisah keturunan baka di luar nikah ini malah tentera dajjal juga dianggap anak-anak di luar nikah - kerana terdapat hadis Nabi Muhammad SAW telah berpesan:
"Awas! Sebahagian besar kawan dan pengikut Dajjal adalah dari kaum Yahudi dan anak-anak yang tidak sah.")
Yahuza bercadang untuk membunuh Nabi Isa a.s. (peristiwa 'santapan terakhir' - 'Last Supper') dengan cara meracun Nabi Isa a.s. tetapi Allah SWT telah menukar wajah Yahuza menjadi mirip kepada Nabi Isa a.s. Akhirnya ramai penentang Nabi Isa a.s. menyangka Yahuza itu adalah Nabi Isa a.s. dan terus menyalibnya.
Yahuza merupakan Dajjal (Anti-Christ) pada zamannya.
Nota/Penerangan :
Satu versi Kristian lagi mendakwa bahawa setelah digali kubur Yahuza (yang disalib itu), mereka mendapati mayat Yahuza telah hilang - maka ramai yang menyangka Yahuza itu adalah Nabi Isa a.s. dan tidak mati sebagai 'bukti ketuhanannya' walhal fenomena itu adalah istidraj.
Sejarah Dajjal menunjukkan, ianya adalah makhluk campuran Jin dan Manusia - membolehkan ia tanasikhul arwah merasuk tubuh keturunannya untuk dipilih menjadi Dajjal yang baru. (sebab itulah gelaran yang dipanggil padanya ialah Al-Masiihi Dajjal kerana dia akan menyamar menjadi Nabi Isa Al-Masih di akhir zaman) Mayat Dajjal Yahuza ini juga tidak diterima bumi dan mungkin inilah penyebab 'kehilangan misteri' dari kuburnya itu.
Sejarah Dajjal yang terawal yang dikesan bermula di zaman Nabi Musa a.s. - nama Dajjal ketika itu ialah Musa Assamiri (iaitu seorang pengikut tegar Nabi Allah Musa a.s. pada awalnya tetapi akhirnya mengaku dirinya menjadi seorang Nabi - walhal dia adalah Nabi yang palsu. Di zaman Rasulullah S.A.W. pula, nama Dajjal adalah Syuib)
Soalan : Kenapa Nabi Musa a.s. dan Rasulullah S.A.W. tidak membunuh Dajjal Musa Assamiri malah Rasulullah S.A.W. sendiri pernah menghalang Sayyidina Umar r.a. dan Sayyidina Khalid Al Walid daripada membunuh Dajjal Syuib? Begitu juga Imam Mahdi r.a. - juga tidak membunuh Dajjal walaupun Imam Mahdi r.a. akan melumpuhkan operasi Dajjal.
Jawapan : kerana 'tugas membunuh Dajjal adalah tugas Nabi Isa a.s. di akhir zaman dan bukan tugas mereka - tugas mereka hanyalah menentang Dajjal dan menjauhkan Dajjal daripada umat masing-masing'
Pengajaran : Jangan lakukan tugas yang bukan tugas kita kerana mungkin tugas itu adalah tugas orang lain.
----------------------------------------
Satu lagi versi Kristian menyatakan; seminggu selepas kematian dan hilangnya mayat Yahuza; Nabi Isa a.s. telah muncul di hadapan pengikut-pengikutnya dan memberikan khutbah yang terakhir antara lain menyebut bahawa baginda akan kembali ke bumi pada suatu ketika nanti.
Selepas itu, dengan disaksikan oleh pengikutnya, Nabi Isa a.s. telah dinaikkan ke langit sehingga hilang dari pandangan.
Versi ini adalah benar - tetapi itu adalah Nabi Isa a.s. yang sebenar dan bukannya Yahuza yang dikatakan hilang dari kuburnya.
Tetapi terdapat unsur putar belit fakta dalam versi ini - kononnya, ketika Nabi Isa a.s. muncul, terdapat tanda parut seperti 'lubang paku salib' pada kedua-dua pergelangan tangannya.
-------------------------------------------
Kisah Priory of Psion menyembunyikan keturunan 'Nabi Isa a.s.' di mana dalam cerita Da Vinci Code - ianya menunjukkan bahawa watak Sophie Neveu dari keturunan Sang real St. Claire (dari Raja Peranchis Merovingian - seorang raja yang sangat zalim) sebenarnya adalah keturunan Dajjal Yahuza dan bukannya keturunan Nabi Isa a.s.
Jadi, keturunan Yahuza terakhir inilah adalah pewaris Dajjal yang terakhir tetapi bukanlah watak Sophie Neveu seperti yang digambarkan dalam cerita Da Vinci Code.
Amalan Kumpulan Priory of Psion dan Knights of Templar ialah melutut di 'Sarcofagus' Mary Magdalene dan mendoakan agar kaum wanita dibebaskan (emansipasi wanita) bagi menjadi ketua atau raja atau pemimpin (sebagai kononnya memenuhi maksud Holy Grail)
Grandmaster-Grandmaster Priory of Psion pula pada hari tertentu. akan melakukan perzinaan dengan wanita pengikut mereka kerana wanita-wanita pengikut mereka kononnya adalah jelmaan 'Bonda Tuhan' yang dimaksudkan kepada Siti Maryam (na-uudzubillahimin dzaa lik)
-------------------------------------------
Siapakah dia Leonardo Da Vinci?
Beliau adalah seorang pelukis, perekabentuk dan juga seorang saintis. Menjadi ahli Freemason (satu cabang daripada Illuminati) kerana ketika itu Kumpulan Vatican menentang kumpulan Saintis kerana didakwa cuba mengubah ajaran Kristian menerusi ilmu sains. Vatican menggelarkan kumpulan saintis ini sebagai 'ahli sihir'.
Leonardo Da Vinci mempromosikan secara simbolik menerusi banyak karya lukisannya seperti Monalisa, Madonna of the Rocks iaitu- ajaran Yahudi Kristian yang bercampur aduk dengan fahaman Konstantin (penyembahan Dewa Lelaki dan Dewa Wanita).
Sebab itulah wajah Monalisa juga melambangkan wajah seorang lelaki dan wanita. (lambang Dewa Lelaki dan Dewa Wanita) Namun dakwaan menyatakan lambang 'Star of David' atau 'Star of Solomon' (Bintang Sulaiman) adalah pergabungan dewa lelaki dan dewa wanita adalah tidak benar samasekali)
Ahli-ahli Freemason juga menghalalkan amalan 'gay' dan 'lesbian'.
Rata-rata ahli Freemason ketika itu seperti saintis-saintis Isaac Newton, Alexander Pope, Bernini termasuk Da Vinci sendiri dll. suka menyembunyikan rahsia 'Holy Grail' pada lambang Fleur De Lis (bunga Ros - seperti lambang pengakap kita) yang disembunyikan menerusi pelbagai ciptaan sains, alatan, lukisan, anagram, 'cryptex', obelisk dll.
Fakta :
Sebenarnya ahli-ahli Freemason terutamanya para Saintis yang dipengaruhi oleh Illuminati ini sememangnya cuba mempromosikan fahaman sekular (pemisahan sains dan agama) - kerana sains dikatakan agama yang sebenar dan ajaran kitab itu adalah ajaran palsu. Sebab itulah kebanyakan saintis-saintis barat diasuh untuk tidak mempercayai adanya Tuhan. Berawaslah!
Pengajaran :
Kita sebagai orang Islam haram memegang faham sekularisma contohnya pemisahan bangsa dan agama atau sains dan agama. Ini kerana ajaran Islam menerusi Al-Quran dan hadis adalah syumul (lengkap) cuma memerlukan 'pembedahan khas' oleh saintis-saintis Islam dan ulama-ulama Islam yang ber'itiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
Jika dilihat dalam cerita kedua karya Dan Brown - iaitu 'Angels and Demons' - ahli Illuminati diburu dan dibunuh oleh Vatican dengan cara yang agak kejam - dan ahli-ahli Illuminati juga membalas dendam dengan membunuh ramai paderi-paderi dan biskop-biskop Vatican menggunakan cara Teknologi.
Fakta :
Kumpulan Rahsia Vatican Opus Dei pula, seringkali menghukum dan mendera diri mereka apabila melakukan dosa malah ada yang berfahaman, mereka perlu menyiksa diri kerana kononnya tidak membela Nabi Isa a.s. semasa disalib.
Inilah juga yang menjadi ikutan Syiah Rafidhah yang mendera dan menyiksa diri mereka kerana tidak dapat menyelamatkan Sayyidina Hussein dalam Peristiwa Karbala.
Fakta :
Kumpulan Priory of Psion juga merupakan pencetus utama kepada faham Zionisme yang kejam dengan menggunakan Illuminati sebagai 'platform' nya. Kenapa ini semua berlaku?
Lihatlah pada Zaman Rasulullah S.A.W., ketika itu terdapat 3 Bani Besar Yahudi iaitu Qainuqa', Nadir dan Qurayzah yang menguasai banyak bani-bani kecil Yahudi yang lain. Mereka sangat pandai dalam bidang pertukangan besi, pertanian, perniagaan dll. (Nama Freemasons diambil dari 'Steel Masons' kerana kepandaian mereka dalam pertukangan besi)
Yahudi Orthodox (kumpulan Rabbi di Palestin) adalah berasal daripada Bani Nadir (yang terlibat dalam perjanjian dengan Rasulullah S.A.W. kemudian mengengkarinya dan mereka dihalau oleh Rasulullah S.A.W. ke Palestin) manakala Bani Qurayzah dan Qainuqa' adalah kumpulan Yahudi Puritans berfahamanan Freemason/Priory of Psion yang terpaksa melarikan diri ke Amerika Syarikat (Virginia) setelah dihalau oleh Yahudi Orthodox dan Tentera Islam dari bumi Palestin. Zionis juga ingin menguasai kembali Kota Suci Baitul Maqdis kerana ingin memberi laluan kepada Dajjal Laknatullah yang dianggap mereka sebagai Nabi Isa a.s. Itulah sebabnya mereka tidak membedil Baitul Maqdis dan Masjidil Aqsa. Namun, niat mereka untuk menguasai Baitul Maqdis dan Masjidil Aqsa akan digagalkan oleh Allah SWT.
(Kumpulan Rabbi - Para Pendita Yahudi Orthodox sehingga kini masih menyokong Palestin menjadi negara eksklusif orang-orang Islam dan menentang penubuhan Negara Israel kerana dipercayai mengikut Kitab Taurat (Torah), orang-orang Yahudi tidak boleh ada negaranya sendiri kerana keturunan mereka pernah dimurkai Allah SWT - merujuk kepada kisah Nabi Allah Ismail a.s. dan Nabi Allah Ishak a.s. Sebenarnya perihal Yahudi tidak boleh ada negaranya sendiri juga merupakan satu 'silap tafsir' sehingga menyebabkan peperangan antara Zionis dan Islam namun oleh kerana perkara ini adalah agenda Imam Mahdi r.a. - tidak bolehlah Pok Nik tuliskan di sini)
Perlu difahami di sini, fahaman Yahudi Orthodox juga terdapat banyak rungkaian di mana masyaf Torah yang dipegang oleh mereka adalah bukanlah Kitab Taurat yang asli. Perkara ini akan dibuktikan oleh Imam Mahdi sendiri dengan menggunakan Kitab Taurat yang asli yang diperolehi daripada Tabut Sakinah untuk berhujjah dengan kumpulan Yahudi Orthodox di suatu masa nanti sehingga sebilangan besar Yahudi Orthodox akan memeluk Islam.
Nota :
Jika kita lihat Yahudi Orthodox menunjukkan gerak ibadah seperti solat orang-orang Islam - ITU adalah TIRUAN dari ajaran Islam. Mereka mencari jalan untuk menguatkan pengaruh ajaran agama Yahudi tetapi gagal, maka mereka pun merekacipta apa yang dilihat dalam ajaran Islam.
Puak Yahudi Orthodox juga suka menghantuk-hantukkan kepala mereka ke batu kerana terdapat pengaruh fahaman Opus Dei - menyeksa diri mereka kerana gagal mempertahankan/membela Nabi Isa a.s.
Walaubagaimanapun, Yahudi Orthodox terutamanya kumpulan Rabbi di Palestin tidak menentang orang-orang Islam. Yang menentang orang-orang Islam adalah kumpulan Yahudi Puritans generasi baru yang digelar Zionis. Di Amerika Syarikat, Zionis menguasai Kongres dan menerusi Illuminati, mereka menubuhkan kumpulan-kumpulan haram antarabangsa seperti Bilderberg, Black Nobility, Mafia, Yakuza dsb.
Yahudi Puritans (pembersih dan pembaharu) semasa melarikan diri ke Amerika Syarikat berjaya menyebarkan ajaran mereka sehingga Presiden Amerika Syarikat yang pertama iaitu George Washington dan lain-lain Presiden termasuk ramai Saintis telah menjadi ahli Freemason. Kumpulan Puritans Freemasons inilah yang akhirnya bergabung ke dalam Kesatuan Besar Illuminati dan mengasaskan faham Zionism bagi membalas perbuatan Yahudi Orthodox termasuk orang-orang Islam yang mengusir keturunan mereka dari Palestin.
Terdapat pula beberapa kumpulan kecil Yahudi yang mengikuti jejak Puritans akhirnya juga telah melarikan diri apabila menyedari niat sebenar Puritans.
Kumpulan ini menjadi Kumpulan Amish dan lain-lain kumpulan kecil dan masih berpegang kepada fahaman Yahudi Orthodox yang asal. Mereka juga menjalinkan hubungan yang baik dengan komuniti Islam di sana serta turut menentang kekejaman Rejim Zionis.
---------------------------
Mengikut Almarhum Tuan Guru Haji Ahmad Junaiddin, Dajjal yang terakhir ini adalah Dajjal yang terhebat - Dia asalnya seorang Islam yang sangat alim (berketurunan Yahudi) tetapi oleh kerana dia menyangka bahawa dialah penyelamat Imam Al-Mahdi - akhirnya setelah orang lain yang dipilih menjadi Imam Al-Mahdi, dia sangat marah, menjadi murtad, menyamar menjadi Nabi Isa Al-Masih, dari seorang yang mempunyai irhas dan maunah bertukar menjadi seorang ahli sihir yang hebat dan akhirnya menentang Imam Al-Mahdi sehingga beliau dibunuh oleh Nabi Isa a.s. yang sebenar.
---------------------------
Sebaliknya kisah 'Piala Suci' (Holy Grail) mengenai seorang wanita itu juga ada kebenarannya tetapi bukanlah dari keturunan Yahuza sebaliknya wanita ini adalah SEKETURUNAN dengan Nabi Allah Isa a.s. (menerusi kaum kerabat Nabi Imran a.s. iaitu ayahanda kepada Siti Mariam r.a.) Seperkara lagi, Tabut Sakinah (Ark of Covenant) yang bakal menjadi milik Imam Al-Mahdi bukanlah sama dengan versi dan foto 'Ark of Covenant' versi Kristian dan Yahudi - kerana foto-foto itu menunjukkan Tabut Sakinah YANG PALSU!Namun, hal-hal ini juga merupakan satu rahsia yang tidak dapat Pok Nik tuliskan di sini.
